Jelas janggal bila hanya panggilan nama yang mampu keluar dari ulas bibir tanpa ada sebarang pesan yang menyusul. Pandangan mata yang bertembung juga janggal. Masing-masing cuba berbicara melalui pandangan tapi tiada tafsiran. Tangan tua yang dikucup disusuli pesanan, tetapi tanpa suara. Hanya mampu berbisik dalam hati, "semoga cepat sembuh". Di bibir, panggilan nama sahaja yang terzahir. Kemudian masing-masing sunyi. Bisu. Kita dekat, tapi jauh. Atau jauh, tapi dekat.
*******
Sebetulnya aku tidak keruan sejak dari awal. Walau cuba berlagak tenang namun aku tahu ada resah dalam hati. Debar setiap hari memikirkan dia yang menghadapi. Walau cuba meyakinkan diri yang dia akan kembali dalam seminggu dua lagi. Tetap juga aku risau, buku pun aku tak mampu nak tatap.
*******
Terasa janggal bila kejanggalan yang sudah menjadi rutin itu hilang. Untuk hidup secara biasa selepas sekian lama kejanggalan merupakan perkara biasa adalah janggal. Walaupun hubungan kita janggal, ianya tetap sebuah hubungan. Dan aku, walaupun janggal, tetap rindu.
*******
Bila kehilangan, sayang atau benci, ianya tetap kehilangan. Akan ada yang kurang. Tetap akan rasa hilang.
*******
Takdir Tuhan itu aneh. Sekian lama kami rasa kami bersedia, tapi bila ia datang semuanya menjadi asing. Macam mimpi. Susah nak percaya. Susah nak terima. Takdir Tuhan. Perancangan dan kehendak Dia melebihi pengetahuan hamba-hambaNya. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Harap Dia berikan kami kekuatan. Harap ini menjadi pengajaran.
*******
Semoga tenang. Semoga sejahtera.
*******
Kepada yang sudi cuti untuk teman kami, terima kasih. Saya hargai.
-Dayan-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
semoga anda kuat dan baik2 saja di sana
dun worry, every cloud have silver lining right?
Post a Comment