Betapa setiap sesuatu yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi, tetap terdapat beberapa hal yang tak mungkin mahu untuk kita merasainya sekali lagi. Walau waktu terputar kebelakang kembali.
Antaranya, awak. Sebaik apapun keberadaan awak dalam hidup saya, andai hari ini kembali menjadi semalam, saya tidak mahu mengulang cerita yang terjadi di antara kita. Tidak. Saya tidak menyesali kewujudan awak dalam hidup saya. Cuma, saya tahu adanya saya dalam hidup awak tak membuat awak menjadi apa yang awak mahu. Adanya saya menyebabkan awak tidak menjadi awak.
Walau kata awak andai masa kembali berulang awak tetap mahu 'kita' terjadi, tetapi saya tidak mahu. Saya tidak lagi sanggup menyebabkan awak menanggung sakit kerana saya. Menjadi palsu kerana saya. Andai masa kembali berulang, saya akan cuba untuk tidak membuat awak jatuh di tempat yang tidak sepatutnya, iaitu di sisi saya.
Sekali lagi, saya tidak menyesali kewujudan awak dalam hidup saya. Juga setiap hal yang terjadi di antara kita. Cuma pengajaran terbesar yang saya peroleh daripada cerita awak dan saya, ada sesetengah hal yang kita tidak perlu ulang walau kita mampu. Kerana itu, andai waktu terputar kembali, saya begitu mahu melalui jalan yang lain dari jalan yang kita ambil dahulu. Supaya cerita kita hari ini; kali ini, tidak sama dengan cerita kita hari ini; detik ini.
Friday, 9 March 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)