Thursday, 25 May 2017

Sakit Yang Berbaloi.

Bukan cuma ada sejenis kisah cinta sahaja dalam dunia ini. Bukan sekadar kisah si A, yang cintakan si B, yang cintakan si C, yang cintakan si D, yang cintakan si E, dan yang akhirnya semua mereka mati keseorangan. Tak. Ada banyak lagi jalan cerita yang lain.

Salah satu yang lain adalah, kisah bagaimana si A mahukan si D yang ditinggalkan oleh si P. Si A sanggup lakukan apa sahaja (kononnya) untuk bersama si D. Sanggup tunggu. Walaupun dia tidak tahu berapa lama masa yang diperlukan si D untuk setuju (kalau setuju).
Si D pula, merasakan dia belum bersedia untuk membina hubungan yang baru selepas ditinggalkan si P. Dia takut. Dia rasa tidak layak untuk mempunyai hubungan romantik dengan sesiapa kerana akhirnya tetap sama. Dia akan ditinggalkan. Begitu sahaja. Terpaksa merasa sakit yang sama. Berulang-ulang. Untuk menerima si A, dia tidak mampu. Untuk menunggu si P pula, dia sudah tidak mahu.
Sedang si P, meninggalkan si D kerana si C. Serasa separuh dirinya sebenarnya ada pada si C. Macam kembar, katanya. Namun dia tidak dapat menjalinkan hubungan dengan si C kerana tidak mahu ada komitmen. Kenapa tidak mahu berkomitmen andai sudah benar-benar sayang? Kerana walaupun dia sayangkan si C, tetapi dia juga masih (kononnya) sangat sayangkan si D. Dia tidak dapat berkomitmen dengan si C kerana perasaannya yang terbahagi dua, selain isu-isu personal lain yang dia alami. Untuk kembali kepada si D juga dia tidak sanggup kerana merasakan salah yang dia buat tidak mampu dimaafkan, waima oleh dirinya sendiri.
Manakala si C, memutuskan hubungan dengan si M untuk bersama dengan si P yang telah terlalu lama dia dambakan. Masalahnya, dia tidak dapat melepaskan si M sepenuhnya (mungkin) disebabkan si P tidak dapat memberi komitmen kepadanya. Dia insekur, kerana dia sendiri tahu si P masih juga sayangkan si D (kononnya). Jadi dia membiarkan si M tetap ada, berputar-putar di sekeliling dia.
Dan si M, masih menagih dan mengharapkan kasih si C kerana (mungkin) dia sangat sayang. Walaupun tahu dia dicurangi, masih juga dia menanti. Menunggu si C penat dan akhirnya kembali. Soalnya, mungkinkah? Kalau mungkin, berapa lama harus dia tunggu?

Setiap kisah yang berlaku akan ada tragis yang tersendiri. Ada pahit manis yang tersembunyi. Tapi hakikatnya, setiap seseorang pasti akan disakiti oleh seseorang (atau lebih) yang lain. Tidak dapat tidak. Tidak dapat elak. Cuma, sakit daripada siapa yang sanggup ditahan? Sakit disebabkan apa yang sanggup dilawan?
"Pergilah kepada sakit yang berbaloi untuk ditanggung," pesan Bob Marley.



-Dayan-


Friday, 17 February 2017

issues lesbian has to deal with

because i am very annoyed by this question.
you know when you just build the courage and bare your soul to tell someone that you are gay.
specifically girl friend that you are hoping they don't hate you. and guess what out of all the possible question in the world and they decided to pick the most common and number one rated annoying question "so do you have feeling for me?" or "what do you feel when you look at me?".
me be like.........................all you can say is just that? you're not gonna ask how am i doing? am i okay? and my answer to that is bitch no. i see you as a friend women! puhlisss. don't get yourself ahead. you are not everyone's type.

straight people that have friends coming out to you please don't ask the question above. it's just a big NO. you can ask some of the questions below
1. you're okay?
2. are you breathing? >>>>because coming out took a lot of effort. anxiety is the worst and believe me they are definitely holding their breath.
3. so i guess i am your dearest friend? >>>>> because you might be that person she trust and believe that you have her back.
.
.
.
so yeah.