Jelas janggal bila hanya panggilan nama yang mampu keluar dari ulas bibir tanpa ada sebarang pesan yang menyusul. Pandangan mata yang bertembung juga janggal. Masing-masing cuba berbicara melalui pandangan tapi tiada tafsiran. Tangan tua yang dikucup disusuli pesanan, tetapi tanpa suara. Hanya mampu berbisik dalam hati, "semoga cepat sembuh". Di bibir, panggilan nama sahaja yang terzahir. Kemudian masing-masing sunyi. Bisu. Kita dekat, tapi jauh. Atau jauh, tapi dekat.
*******
Sebetulnya aku tidak keruan sejak dari awal. Walau cuba berlagak tenang namun aku tahu ada resah dalam hati. Debar setiap hari memikirkan dia yang menghadapi. Walau cuba meyakinkan diri yang dia akan kembali dalam seminggu dua lagi. Tetap juga aku risau, buku pun aku tak mampu nak tatap.
*******
Terasa janggal bila kejanggalan yang sudah menjadi rutin itu hilang. Untuk hidup secara biasa selepas sekian lama kejanggalan merupakan perkara biasa adalah janggal. Walaupun hubungan kita janggal, ianya tetap sebuah hubungan. Dan aku, walaupun janggal, tetap rindu.
*******
Bila kehilangan, sayang atau benci, ianya tetap kehilangan. Akan ada yang kurang. Tetap akan rasa hilang.
*******
Takdir Tuhan itu aneh. Sekian lama kami rasa kami bersedia, tapi bila ia datang semuanya menjadi asing. Macam mimpi. Susah nak percaya. Susah nak terima. Takdir Tuhan. Perancangan dan kehendak Dia melebihi pengetahuan hamba-hambaNya. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Harap Dia berikan kami kekuatan. Harap ini menjadi pengajaran.
*******
Semoga tenang. Semoga sejahtera.
*******
Kepada yang sudi cuti untuk teman kami, terima kasih. Saya hargai.
-Dayan-
Tuesday, 20 September 2016
Saturday, 10 September 2016
perempuan
i'm a girl, i love a girl and i'm okay with that. -unknown-
[[[[[[[[[[[[[[[000]]]]]]]]]]]]]]]
you can change as much as you want
you can be whoever you want to be
but you can never lie to your self.
.
berubah itu pasti. mengikut rentak masing-masing, tapi-
takkan dapat ditipu naluri diri sendiri. suka ataupun tidak. ubahlah dari atas sampai bawah takkan pernah hilang perasaan. takkan dapat ditipu hati jantung limpa sendiri.
....
perempuan itu cantik. maka terbitlah post ini.
ramai pulak la hai yg cantik menarik nya. sebab nak cakap hai pon tak boleh. jadi cakap la "hai awak" di blog. straight macam tiang letrik. memang tak de harapan. jadi-
jangan di harap apa yang tak mungkin dapat. jangan dikenang yang tak mungkin hadir.

Subscribe to:
Posts (Atom)