Dalam keadaan tengah kalut, aku jatuh kat tempat orang menunggu. Rasa macam aku tengah buat lawak jenaka untuk hiburkan hati para manusia yang mengantuk, risau, penat, sakit, dan entah apa lagi kat tempat menunggu tu. Nasib aku agak baik sebab aku jatuh dalam keadaan membelakangkan majoriti penonton yang ada. Jadi aku tak nampak reaksi diorang bila tengok persembahan aku tu. Disebabkan aku jatuh terduduk, punggung adalah bahagian yang paling terkesan. Sakit sampai sekarang.
Lepas beberapa saat duduk sambil menahan sakit dan mengenang nasib diri, aku bangun dan terus blah. Tak tengok belakang dah. Huhuhu. Masuk dalam kereta pastu sambung mengenang nasib dan memikirkan malu yang terpaksa aku tanggung. Dalam masa yang sama kena tanggung sakit jugak. Pastu aku macam, "Ceh, nak malu apa lah sangat. Dulu masa sekolah lagi teruk aku jatuh. Lagi luas tempat aku buat show. Lagi ramai penonton."
Yep. Aku pernah jatuh masa sekolah dulu. Jatuh dalam longkang pulak tu. Tengah hujan pulak tu. Orang ramai pulak tu. Aku nampak orang gelakkan aku pulak tu. Aku panjat keluar dari dalam longkang sendiri pulak tu. Jatuh bangun sendiri lah ceritanya. Tak ada orang tolong pon. Tapi masa tu aku tak fikir malu sangat. Aku fikir macam mana nak balik rumah.
Jadi, apa lah sangat setakat jatuh terduduk depan orang sakit dan ahli keluarga atau rakan-rakan orang yang tengah sakit tu. Aku dah pernah jatuh lagi teruk. Lagi pun normal la. Jatuh ja pon. Macam la ada manusia yang pernah tak jatuh. Sekurang-kurangnya aku bagi hiburan sikit kat mereka yang tengah stress atau apa. Lepas aku dah berfikiran sedikit positif tu, kakak aku datang sambil gelak-gelak. Aku pon gelak-gelak. Dah puas gelak, kitorang beransur semula ke tempat menunggu tadi. Sambung menunggu. Aku terpaksa buat muka keras sambil tahan sakit. Walaupun dah kurang, tapi masih jugak malu.
Kesimpulannya, jatuh menyebabkan sakit dan malu. Tapi rileks la. Semua orang pernah jatuh kot. Jadi tak perlu sampai ada rasa nak berhibernasi selama setahun hanya kerana anda jatuh di hadapan khalayak ramai. Dah jatuh tu bangun ja. Kalau rasa lawak, gelak. Kalau rasa sakit, jumpa doktor. Kalau rasa malu, lari la sekejap. Bawak diri. Kalau nak nangis sebab sakit atau malu atau apa, nangis ja. Lepas tu teruskan lah hidup selagi masih diberi peluang untuk hidup. "Semua orang pernah jatuh."
Selamat berpuasa.
-Dayan-